....Bismillahirrahmanirrahim.....Assalamualaikum...
Lamanya tak jadi penulis..rindu..biasa la, hidup tengah bahagia... mana nak pandang blog-blog bagai ni...bila ada masalah, dah tak terkawal, tak terbendung, baru ada rasa nak menulis semula... tapi saya create blog baru untuk orang baru..
....Orang baru??
who's the lucky man??
nak tau ikut la sampai habis..tengok apa kesudahan dengan orang baru ni..
sebelum tu nak kenalkan diri... juz call me Cik Terra.. sebab i tak kawen lagi u.. dulu skandal dengan husband orang tu tak kemana pun... family pun tak suka.. orang cakap, tak dapat restu...tak boleh la nak teruskan..nnt hidup tak bahagia..
cik terra asal bandaraya bersejarah.. umur dah makin meningkat..tahun ni dah 26 dah..
boyfey pun dah lari tinggalkan cik terra...sebab dia dapat yang lagi cantik..(maybe bcoz of dat la) eh, cik terra sendiri tengok gambar pempuan tu...cantik...pandai bergaya...sesuai la dengan ex cik terra tu.. tak nak ingat lagi...sedih sangat... tapi kenangan tu susah sangat nak luput.. sebab terlalu banyak pahit manis..
si ex ni nama dia PKAR (short form)..tak tau la kenapa senang sangat dia ganti tempat cik terra dalam hati dia tu dengan perempuan lain...
sekarang ni cik terra cuma tanamkan dalam hati, dia tinggalkan cik terra sebab Allah..kan lagi bagus macam tu...think +ve.. sedangkan hakikatnya?? cuma dia yang tau dia berubah hati sebab ape..
uuiiii.....tak nak cakap pasal PKAR.. kita cakap pasal HHDA..
siapa HHDA?? dia la encik mimpi saya..
kenapa cik terra panggil encik mimpi??? bcoz one day, dia datang dalam mimpi cik terra..dia nyanyikan lagu untuk cik terra.. uuiii, romantik wa cakap lu...nyanyi lagu here without u...sambil petik gitar..malam tu cik terra tido sambil senyum-senyum..
al-kisanhnya cik terra kenal encik mimpi ni daripada sorang opismate cik terra..dia yang kenenkan..
sebab tak sanggup tengok cik terra tiap2 hari dok meratap sedih kehilangan si PKAR..hhuuuii, memang teruk sangat masa tu.. sampai nak bunuh diri..
member cik terra yang kenalkan cik terra dengan dia tu namanya miss gebu..satu hari miss gebu bagi tau cik terra, si encik mimpi nak kenal dengan cik terra..dia mintak permision cik terra nak bagi no fon cik terra kat encik mimpi..
cik terra pun izinkan la memandangkan dah tak ada sesiapa yang perlu cik terra setia lagi...petang tu ada la nombor pelik dok hantar whats app kat cik terra.. cik terra balas cam biasa jer...masa tu malas nak layan sangat..yelah, ati tengah kecewa..tak tau nak borak ape ngan encik mimpi.. sampaikan dialog petang tu miss gebu yang bagi...
encik mimpi lak macam cik terra gak..tak banyak benda nak tanya..nak bualkan...so, fasa pertama tu memang soo bored.kadang-kadang selang 2-3 hari baru whats app..
sampai la satu malam, it was 14 julai 2013....bulan puasa baru ni...cik terra buang tebiat...rasa nak karaoke..tapi xde geng...cik terra pun we chat ngan encik mimpi...
cik terra cakap kat dia, "awak, saya teringin nk karaoke la. saya nyanyi, awak dengar..boleh x"
dia cakap "nyanyi la.. "
cik terra pun hape lagi... pertama kali seumur hidup nyanyi dalam fon untuk lelaki..dengan si PKAR pun cik terra tak penah buat camtu tau..
malam tu cik terra hantar suara cik terra melalui we chat kat encik mimpi...nak tau lagu ape?? hihihi...
embun di pagi buta
menebarkan bau basah
detik demi detikku hitung
inikah saat ku pergi
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
first impression dia, dia ckp "sedapnya suara awak. macam artis"
hahaha....tak tau la dia jujur ke ataupun saje nak amek ati cik terra..
malam tu kami we chat sampai pagi...
waktu tu dia kat kampung..eh, lupa nak bagi tau... dia asal sama negeri ngan cik terra..
ntah macam mana, malam tu kami berbual sampai melibatkan hati dan perasaan..bukan cinta..tapi lebih pada "sahabat istimewa"..dalam bahasa mudah, scandal... sebab cik terra pun belum rasa nak jatuh cinta dengan sesiapa lagi pun waktu tu..dia pun memang tak suka bercinta...hati dia dah mati katanya...mungkin sebab pengalaman lampau...sebenarnya dia pernah married... phhiieewww..
cik terra kawan dengan seorang duda anak sorang..xde hal la tu..janji bukan dengan suami orang lagi..
so, malam tu dia proposed cik terra jadi scandal dia..
dia proposed cik terra melalui pesanan suara kat we chat..for me, its sooooo very romantik..
dia cakap "sudi tak awak jadi scandal saya"
tanpa amek masa yang lama, cik terra terus reply "i will...."
so, lepas bagi tau syarat-syarat hubungan scandal kami, bermula la hubungan kami sebagai sepasang scandal...huhuhuuu. pada mulanya, cik terra nak kami ubah panggilan nama kami..sebab cik terra nak dia nampak special antara kawan-kawan lelaki cik terra.. i called him 'B' stand for hubby..than he decide to called me 'yang'.. stand for 'sayang'..but he told to me, dia tak biasa dengan panggilan tu sebenarnya..
and i said, "try la dulu..lama-lama biasa la"...
tak dinafikan, dia memang tak biasa dengan panggilan baru tu...selalu sangat tersasul saya-awak.. setiap kali tersasul tu, cik terra mesti betulkan semula.. biasa la, mula-mula...memang agak kekok ckit..waktu kami declare tu, cik terra nak balik kampung dah..sebab cik terra amek cuti tanpa gaji 45 hari... cuti sempena berkabung sebab kehilangan si PKAR.. mulanya encik mimpi tak bagi aku balik kampung.. sebab hubungan kami baru nak mula...dia takut nanti lama tak dapat jumpa cik terra.. tapi cik terra tetap nak balik gak..lagi pun cik terra tak sedia lagi nak jumpa encik mimpi kesayangan cik terra ni..tapi cik terra ada promise kat dia yang cik terra akan balik putrajaya untuk jumpa dia nanti...
*************
apa kata nanti cik terra sambung cerita lagi....letih pulak jari-jemari lembut cik terra nak menaip lagi...
ok, stay tuned..daa~
No comments:
Post a Comment