Tuesday, August 27, 2013

..encik mimpi dah pergi..

assalamualaikum...
tak tau nak mulakan macam mana..tapi sumpah cik terra terlalu sedih sekarang ni...encik mimpi tiba-tiba unfriend cik terra kat fb..cik terra tak tau kenapa..dalam fikiran cik terra cuma terlintas yang encik mimpi tak nak cik terra ganggu dia lagi..encik mimpi tak nak cik terra masuk dalam hidup dia..encik mimpi tak nak cik terra ganggu privacy dia...
kenapa ni encik mimpi?? kenapa buat cik terra macam ni??
malam ni cik terra tak nak cerita kisah kami..cik terra cuma nak kongsikan mesej-mesej terakhir cik terra dengan encik mimpi..tengok la betapa panjangnya cik terra taip, dan betapa pendeknya dia reply..

************************

"awak, saya tak tau kenapa relationship ni jadi sampai macam ni..mungkin awak memang dah tak selesa nak berkawan dengan saya. atau mungkin awak tak nak saya mengharap lagi pada awak. tak tau nak cakap macam mana. tapi saya tak pernah tipu tentang perasaan saya pada awak. saya minta maaf buat awak tak selesa. saya dah cuba banyak kali untuk pergi jauh daripada awak. dah cuba buang awak. tapi tak tau kenapa susah sangat. kalau la masa tu boleh undur, saya tak nak kenal dengan awak. sebab saya tak nak rasa sedih lagi. tapi betul kata ex saya. percaya pada takdir Allah. sebenarnya memang senang nak pergi dari hidup awak..cuma deletenombor awak. tapi saya takut sangat. saya tak boleh nak kehilangan awak. hari ni, bila awak remove saya kat fb, saya terfikir kenapa awak buat macam ni. jawapannya cuma satu je. awak taknak saya ganggu hidup awak. saya bukan budak kecik yang tak boleh nak fikir. fb nak tutup tu cuma alasan. saya dah besar, awak. saya boleh terima dengan hati terbuka if awak terus terang awak tak nak saya ganggu hidup awak lagi. bila awak buat macam ni, awak tau ape yang saya rasa? rasa maruah saya nimaam letaknya kat bawah tapak kaki awak je."

"jangan mengharap apa-apa. saya bukan orang yang baik. jangan layan saya dengan baik. saya tak nak. just jaga diri. maaf untuk semuanya"

"saya tak mintak awak balas ape yang saya rasa. saya tak mintak awak layan saya istimewa macam awak layan perempuan lain. cukup saya seorang yang rasa macam tu. saya tau saya bukan perempuan yang layak nak berdamping dengan awak. saya tau saya bukan perempuan yang baik-baik. saya sedar diri saya. tapi saya sedih.. sedih sangat..!! saya akan pergi. walaupun tanpa kerelaan saya. tapi saya ada maruah. saya tak akan terhegeh-hegeh pada orang yang langsung tak perlukan saya. kenangan dengan awak tak akan saya lupa sampai mati. saya harap awak pun tak akan lupa. thanks. for everything.."

"jaga diri selalu. jaga kesihatan. jadi anak yang baik. k tc"

"awak pun. saya sayang kat awak. tak akan berubah..!! ingat tu. saya datang dalam hidup awak tanpa awak rela, dan saya akan pergi drp hidup awak tanpa kerelaan hati saya. dan saya nak awak tau saya SENTIASA rindukan awak. saya akan terus tulis tentang kita dalam 'a true love story never ends'. thanks. saya tak akan berhenti sayangkan awak"

"saya yang bermasalah. bukan awak. awak kawan yang baik. saya minta maaf"

"saya tak pernah simpan dendam pada orang yang saya sayang. saya sentiasa maafkan awak. dan awak, tolong maafkan saya sebab buat awak tak selesa dengan saya. maafkan saya sebab sayangkan awak"

*************************
air mata cik terra tak berhenti mengalir... sedih sangat.. tak boleh nak teruskan lagi...nanti cik terra sambung lagi.....nite :( :( :(

Monday, August 26, 2013

...My encik mimpi....

aaiiiii......meh dengar cik terra sambung citer pasal encik mimpi kesayangan cik terra..arini cik terra sedih..encik mimpi tak layan cik terra dah 2 hari dah...sebabnya, encik mimpi tak suka cik terra post kat fb nama dia...alaa, bukan tulis nama penuh pun...cik terra cuma tulis 'rindu kat HHDA'... bukan orang tau pun... cik terra dapat rasa dia tak nak miss gebu nampak..kadang-kadang cik terra jeles sangat kat mis gebu..yelah, encik mimpi cik terra ni macam suka kat miss gebu je.. dulu masa miss gebu kenal encik mimpi pun, bukan cik terra tak ada sama.. cik terra ada sama kat tempat kejadian..cuma tak tau bila masa encik mimpi bagi nombor fon dia kat miss gebu..

cik terra ada tanya encik mimpi, "macam mana awak boleh contact dengan miss gebu tu erk??"

encik mimpi tak nak cerita pun..sedangkan cik terra memang dah sedia tau dia yang mulakan perkenalan..dia yang bagi miss gebu nombor fon dia.. miss gebu pun memang dah cerita semua pasal encik mimpi kat cik terra..
encik mimpi je yang susah sangat nak cerita kat cik terra.. dan cik terra tau encik mimpi pernah bawa miss gebu jumpa family dia kat kampung.. hhuuuiii....jeles..!!! cik terra tak kisah sangat perempuan yang dia bawa tu miss gebu..sebab miss gebu sebenarnya dah married.. dan cik terra tau miss gebu xde perasaan pun kat encik mimpi ni.. sebab miss gebu sayang kat hubby dia..cuma silapnya, masing-masing ada pasang scandal tanpa pengetahuan masing-masing.. eh, miss gebu tau hubby dia ada pasang scandal... cuma hubby dia tak tau dia ada 2-3 scandal..hihihi....cik terra tau la, sebab miss gebu dah cerita semua pasal scandal dia kat cik terra..ish, melalut cerita pasal rumah tangga orang pulak...
ha, sambung cerita semalam...lepas cik terra balik kampung tu, kami teruskan berhubung macam biasa...
tapi ntah kenapa semakin lama berhubung tu, semakin timbul rasa kasih...sebab dia sangat caring..baru dua hari cik terra balik kampung, cik terra buat keputusan nak balik putrajaya...jumpa encik mimpi..
sebab rindu la...mana boleh tahan tiap hari mesej, tapi tak pernah bertentang mata..
hari khamis tu cik terra terus amek tiket bas balik putra.. tapi cik terra turun kat hentian serdang...encik mimpi akan pick up cik terra dekat sana..
owh my god..!! cik terra lupa..kami dah jumpa sebelum ni...hari kami declare sebagai scandal, malam tu dia datang...yeah, malam tu kami dating...tak pergi mana pun.. dalam kereta je..pusing-pusing..... 
than second meet baru la hari khamis tu...aiyooo.., cik terra dah macam nenek-nenek...pelupa la...
ok, hari khamis tu, cik terra turun kat hentian serdang..sampai-sampai, encik mimpi tak de lagi...so, bertafakur la cik terra sekejap kat sana...
tak lama lepas tu, dalam lebih kurang 5 minit, dia sampai... than dia bawak cik terra lepak rumah dia.. dia pandai main gitar... dia nyanyi macam-macam lagu...termasuk lagu here without u tu... hhuuiii, wa cakap lu beb, jatuh cinta dengar.... dalam diam cik terra rakam dia nyanyi tu...so, kalau rindu nanti, cik terra akan dengar suara dia...setakat ni, setiap malam memang cik terra akan pasang...cik terra akan dengar suara dia...
lepas lepak-lepak tu, perut da lapar....so, sebelum hantar cik terra balik, kami singgah kedai makan kat sungai ramal kajang...perantau kot...lupa lak nama kedai tu..
masa kat kedai tu dia banyak cerita pasal anak dia... seronok cik terra dengar...anak dia very-very cute... and, dia ada tunjuk gambar bekas isteri dia.. cantik... ada gak la rasa cemburu...sebab dia masih simpan gambar bekas isteri dia.. bila cik terra tengok kat fb dia pun, panggilan nama pasing-masing still tak berubah... papa-mama...serius cik terra cemburu sangat-sangat...!!!!! cemburu sampai rasa nak bunuh cicak... tapi apakan daya... cik terra bukan gf dia...bukan tunang dia, jauh sekali isteri dia....so, cik terra tak boleh nak luahkan rasa cemburu tu depan dia.. cik terra cuma boleh butakan mata, pekakkan telinga... 

*****************
dah...letih...nanti cik terra sambung lagi...

 

Sunday, August 25, 2013

Selamat datang semula ke dunia BLOGGER

....Bismillahirrahmanirrahim.....Assalamualaikum...

Lamanya tak jadi penulis..rindu..biasa la, hidup tengah bahagia... mana nak pandang blog-blog bagai ni...bila ada masalah, dah tak terkawal, tak terbendung, baru ada rasa nak menulis semula... tapi saya create blog baru untuk orang baru..
....Orang baru??
who's the lucky man??
nak tau ikut la sampai habis..tengok apa kesudahan dengan orang baru ni..
sebelum tu nak kenalkan diri... juz call me Cik Terra.. sebab i tak kawen lagi u.. dulu skandal dengan husband orang tu tak kemana pun... family pun tak suka.. orang cakap, tak dapat restu...tak boleh la nak teruskan..nnt hidup tak bahagia..
cik terra asal bandaraya bersejarah.. umur dah makin meningkat..tahun ni dah 26 dah..
boyfey pun dah lari tinggalkan cik terra...sebab dia dapat yang lagi cantik..(maybe bcoz of dat la) eh, cik terra sendiri tengok gambar pempuan tu...cantik...pandai bergaya...sesuai la dengan ex cik terra tu.. tak nak ingat lagi...sedih sangat... tapi kenangan tu susah sangat nak luput.. sebab terlalu banyak pahit manis.. 
si ex ni nama dia PKAR (short form)..tak tau la kenapa senang sangat dia ganti tempat cik terra dalam hati dia tu dengan perempuan lain...
sekarang ni cik terra cuma tanamkan dalam hati, dia tinggalkan cik terra sebab Allah..kan lagi bagus macam tu...think +ve.. sedangkan hakikatnya?? cuma dia yang tau dia berubah hati sebab ape..
uuiiii.....tak nak cakap pasal PKAR.. kita cakap pasal HHDA..
siapa HHDA?? dia la encik mimpi saya..
kenapa cik terra panggil encik mimpi??? bcoz one day, dia datang dalam mimpi cik terra..dia nyanyikan lagu untuk cik terra.. uuiii, romantik wa cakap lu...nyanyi lagu here without u...sambil petik gitar..malam tu cik terra tido sambil senyum-senyum..
al-kisanhnya cik terra kenal  encik mimpi ni daripada sorang opismate cik terra..dia yang kenenkan..
sebab tak sanggup tengok cik terra tiap2 hari dok meratap sedih kehilangan si PKAR..hhuuuii, memang teruk sangat masa tu.. sampai nak bunuh diri..
member cik terra yang kenalkan cik terra dengan dia tu namanya miss gebu..satu hari miss gebu bagi tau cik terra, si encik mimpi nak kenal dengan cik terra..dia mintak permision cik terra nak bagi no fon cik terra kat encik mimpi..
cik terra pun izinkan la memandangkan dah tak ada sesiapa yang perlu cik terra setia lagi...petang tu ada la nombor pelik dok hantar whats app kat cik terra.. cik terra balas cam biasa jer...masa tu malas nak layan sangat..yelah, ati tengah kecewa..tak tau nak borak ape ngan encik mimpi.. sampaikan dialog petang tu miss gebu yang bagi...
encik mimpi lak macam cik terra gak..tak banyak benda nak tanya..nak bualkan...so, fasa pertama tu memang soo bored.kadang-kadang selang 2-3 hari baru whats app..
sampai la satu malam, it was 14 julai 2013....bulan puasa baru ni...cik terra buang tebiat...rasa nak karaoke..tapi xde geng...cik terra pun we chat ngan encik mimpi...

cik terra cakap kat dia, "awak, saya teringin nk karaoke la. saya nyanyi, awak dengar..boleh x"
dia cakap "nyanyi la.. "

cik terra pun hape lagi... pertama kali seumur hidup nyanyi dalam fon untuk lelaki..dengan si PKAR pun cik terra tak penah buat camtu tau..
malam tu cik terra hantar suara cik terra melalui we chat kat encik mimpi...nak tau lagu ape?? hihihi...

embun di pagi buta
menebarkan bau basah
detik demi detikku hitung
inikah saat ku pergi
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

first impression dia, dia ckp "sedapnya suara awak. macam artis"

hahaha....tak tau la dia jujur ke ataupun saje nak amek ati cik terra..
malam tu kami we chat sampai pagi...
waktu tu dia kat kampung..eh, lupa nak bagi tau... dia asal sama negeri ngan cik terra..
ntah macam mana, malam tu kami berbual sampai melibatkan hati dan perasaan..bukan cinta..tapi lebih pada "sahabat istimewa"..dalam bahasa mudah, scandal... sebab cik terra pun belum rasa nak jatuh cinta dengan sesiapa lagi pun waktu tu..dia pun memang tak suka bercinta...hati dia dah mati katanya...mungkin sebab pengalaman lampau...sebenarnya dia pernah married... phhiieewww..
cik terra kawan dengan seorang duda anak sorang..xde hal la tu..janji bukan dengan suami orang lagi..
so, malam tu dia proposed cik terra jadi scandal dia..
dia proposed cik terra melalui pesanan suara kat we chat..for me, its sooooo very romantik.. 

dia cakap "sudi tak awak jadi scandal saya"
tanpa amek masa yang lama, cik terra terus reply "i will...."

so, lepas bagi tau syarat-syarat hubungan scandal kami, bermula la hubungan kami sebagai sepasang scandal...huhuhuuu. pada mulanya, cik terra nak kami ubah panggilan nama kami..sebab cik terra nak dia nampak special antara kawan-kawan lelaki cik terra.. i called him 'B' stand for hubby..than he decide to called me 'yang'.. stand for 'sayang'..but he told to me, dia tak biasa dengan panggilan tu sebenarnya.. 

and i said, "try la dulu..lama-lama biasa la"...

tak dinafikan, dia memang tak biasa dengan panggilan baru tu...selalu sangat tersasul saya-awak.. setiap kali tersasul tu, cik terra mesti betulkan semula.. biasa la, mula-mula...memang agak kekok ckit..waktu kami declare tu, cik terra nak balik kampung dah..sebab cik terra amek cuti tanpa gaji 45 hari... cuti sempena berkabung sebab kehilangan si PKAR.. mulanya encik mimpi tak bagi aku balik kampung.. sebab hubungan kami baru nak mula...dia takut nanti lama tak dapat jumpa cik terra.. tapi cik terra tetap nak balik gak..lagi pun cik terra tak sedia lagi nak jumpa encik mimpi kesayangan cik terra ni..tapi cik terra ada promise kat dia yang cik terra akan balik putrajaya untuk jumpa dia nanti...

*************
apa kata nanti cik terra sambung cerita lagi....letih pulak jari-jemari lembut cik terra nak menaip lagi...
ok, stay tuned..daa~